fbpx

Duit kita milik siapa sebenarnya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAGI memulakan kata, penulis ingin merakam ucapan tahniah dan syabas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berjaya membongkar serta menumpaskan kartel membolot projek kerajaan bernilai lebih RM3.8 bilion.

Penulis juga ingin melahirkan rasa kagum dengan kelicikan dalang kartel tersebut kerana berjaya mengerakkan satu operasi tersusun dan begitu terancang, malah tidak ubah seperti plot filem dalam mengaut kekayaan daripada projek kerajaan untuk rakyat.

Bertahun-tahun kartel ini beroperasi, mereka berebut projek sesama sendiri. Hasilnya kembali kepada pihak yang sama.

Penulis tidak dapat membayangkan mereka gelak ketawa apabila diumumkan siapa pemenang tender berkenaan. Yang kalah tender pun ketawa.

Meskipun tidak dapat dipastikan sejauh mana keberkesanan projek-projek tersebut atau kejayaan dalam memberi impak kepada rakyat bawahan, namun apa yang pasti sejumlah wang keuntungan membantu melariskan jualan banglo, helikopter, bot mewah, Porsche dan Ferrari.

Harap-harapnya mereka ini tidaklah culas membayar cukai pendapatan dan cukai perniagaan.

Kalau dah kaya raya, takkan kedekut nak bagi balik sedikit kepada kerajaan sebagai tanda ‘terima kasih’.

Sekurang-kurangnya hasil cukai tersebut kembali juga kepada kerajaan dan bolehlah digunakan untuk lain-lain kemudahan rakyat termasuk peruntukan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu golongan daif, gelandangan, orang-orang tua dan sebagainya.

Boleh juga mereka berasa tinggal di tempat yang lebih selesa di rumah kebajikan, dapat juga mereka ini makan dan minum serta tidaklah kelaparan dengan hasil dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan.

Oh! Jangan lupa. Wang cukai kerajaan juga digunakan untuk membayar kos makan minum para banduan di penjara.

Kalau tidak ada peruntukan mahu kebulur mereka. Sebab itu kita nampak para banduan di penjara sihat-sihat belaka. Insya-Allah kebajikan mereka terjaga baik.

Begitulah sebenarnya pusingan wang yang ada pada kita, biasanya tidak kekal lama pun.

Kalau orang kerja makan gaji seperti penulis ni biasanya cukup bulan dah habis berpindah ke tangan pihak-pihak lain.

Biasanya bank ambil dahulu, selepas itu pasar raya gemar sangat memanggil-manggil. Kalau tidak dipedulikan nanti tidaklah berasap dapur kita.

Lainlah dengan geng kartel projek ini, mereka bolehlah simpan sedikit daripada RM3.5 juta di bawah katil.

Ada orang kata sedap tidur atas duit. Rasa melayang bak terbang ke kayangan. Entahlah, penulis belum dapat mencuba!

Waima duit kita ada RM1 atau RM100 atau satu juta, ia belum tentu milik kita, sebab semua itu tidak mampu pun membayar apa yang akan berlaku esok.

Apakah esok kita masih tinggal di dalam banglo atau di sebalik tembok besi? Masih menaiki Ferrari atau trak Black Maria? Tanyalah diri sendiri.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI