fbpx
Salah seorang kru Kapal MV Rapallo (Bulk Carrier) warga Romania yang melecur dalam kejadian di atas kapal itu semalam.

Dua krew kapal warga Romania melecur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Dua orang krew kapal Kapal MV Rapallo (Bulk Carrier) warga Romania melecur akibat terkena minyak bahan api semasa menjalankan tugas di bilik enjin kapal di Terminal Jimah Energy Ventures (JEV), Port Dickson di sini malam tadi.

Jabatan Laut Malaysia memberitahu, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.05 malam dan dua pekerja kapal berkenaan yang melecur telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

“Mangsa telah dibawa ke hospital pada pukul 9.30 malam dan telah dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Siasatan awal masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, kapal MV Rapallo tersebut masih berada di Terminal Jimah Energy Ventures (JEV), Port Dickson bagi tujuan pemunggahan kargo.

“Kapal tersebut akan berlabuh sauh setelah selesai aktiviti pemunggahan yang dijangka selesai pukul 10 pagi hari ini,” katanya.-K! ONLINE