fbpx

Alyah berang dituduh bercuti suka-suka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYAH

PETALING JAYA – Penyanyi Datin Alyah berang apabila dituduh merentas negeri ke Langkawi bersama rakan-rakannya untuk bercuti dan bersuka-ria oleh netizen.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Alyah turut berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar seorang individu mempersoalkan tindakan pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa itu berada di pulau legenda tersebut.

“Assalamualaikum. Sejak saya berada di Langkawi, mcam-macam DM (mesej pribadi) yang saya terima seperti di atas itu (tangkap layar). Itu belum lagi nombor yang tidak dikenali, tiada salam terus maki hamun saya personal itu ini tentang prosedur operasi standard (SOP).

“Saya masih seorang penyanyi dan saya bekerja bawah record (label) saya sendiri. Sebagai peniaga muzik, saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan perniagaan ini berterusan.

“Perniagaan muzik ini bukan hanya pada halwa telinga sahaja tetapi perlu juga mengeluarkan produk dalam bentuk visual,” katanya.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, Alyah yang juga isteri kepada pemuzik terkenal Datuk Ramli MS itu turut dituduh tidak cerdik apabila menunjukkan gambar dia berada di atas kapal mewah sambil bertukar-tukar fesyen pakaian.

“Pihak saya dan pasukan Like Music Sdb. Bhd. ke Langkawi kerana urusan kerja bagi menyiapkan video muzik terbaharu saya #ThankyouAllah

“Apa yang diusulkan oleh anda yang macam tak puas hati terhadap saya, memang betul ia terjadi tapi semuanya atas pemintaan bagi menyiapkan video muzik terbaru saya.

“Saya tak naik kapal persiaran untuk suka-suka dan tidak berkeinginan pun ke Langkawi kalau setakat nak tukar baju fesyen. Kalaulah saya tak cerdik juga, saya minta maaf,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 41, turut memuat naik surat permohonan merentas negeri yang bermula pada 4 April 2021 hingga 7 April 2021.

Selain itu, Alyah juga memuat naik surat atau permit perniagaan yang didaftarkan atas nama syarikatnya iaitu Like Music Entertainmnet yang masih sah sehingga 18 Januari 2024. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI