fbpx
Kepada mereka yang ingin mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut boleh layari www.BinaBisnesBerjaya.com

RichWorks anjur kelas virtual Edisi Khas bantu peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Usahawan dan bakal peniaga kini berpeluang mendapatkan formula, tip dan panduan penting dalam membina pernigaan mereka menerusi Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya- Nak Mula Berniaga (NMB) pada 23 hingga 25 April depan.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd., berkata, program itu dianjurkan bagi memberi bantuan dan sokongan kepada mereka yang mahu bangkit kembali menjana pendapatan.

“Ekonomi kini sedang mahu pulih dan ramai orang mula mencari jalan dan peluang terutama mereka yang terjejas selepas hilang pekerjaan termasuk dalam bidang pelancongan.

“Susulan itu, RichWorks ingin membantu mereka yang mahu berniaga dengan cara betul. Mereka perlu bangkit kembali, jika tidak mula sekarang bila lagi,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Katanya, tidak ada masa betul untuk memulakan perniagaan selagi ia tidak dimulakan oleh individu terbabit.

“Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah melatih dan membimbing berbagai tahap usahawan, bermula peringkat awal, sedang diusahakan, perkembangan hingga memperluaskan perniagaan.

“Ramai yang dahulu kosong kini sudah bangkit dan capai jualan ratusan hingga jutaan Ringgit sebulan. Daripada tiada apa-apa, sudah boleh bantu diri, keluarga dan cipta pekerjaan untuk orang lain,” jelasnya.

NMB dilancarkan bersempena Inner Circle Meeting yang dihadiri oleh lebih 300 ahli Titanium yang berada di bawah didikan Dr. Azizan.

Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut boleh layari www.BinaBisnesBerjaya.com.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI