fbpx

Podium bakar semangat Martin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN berjaya meraih kedudukan ketiga pada GP Doha biarpun ini adalah musim pertamanya bersaing dalam perlumbaan kelas elit MotoGP. – AFP

DOHA – Pelumba muda Pramac, Jorge Martin akui podium tempat ketiga di Grand Prix (GP) Doha adalah satu permulaan terbaiknya untuk membu­ru kemenangan sulung dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Martin melakukan kejutan pada perlumbaan pusingan kedua MotoGP itu apabila memulakan saingan di petak pertama dan berpeluang untuk menjuarai saingan tersebut selepas menguasai sepanjang perlumbaan.

Bagaimanapun, pelumba Sepanyol itu gagal mengekalkan kedudukan tersebut dan terpaksa berpuas hati mengakhiri saingan di tempat ketiga selepas pelumba Yamaha, Fabio Quartararo menamatkan saingan di tempat pertama dan rakan sepasukannya, Johann Zarco di kedudukan kedua.

“Saya akui perlumbaan MotoGP adalah tahap berbeza kerana anda perlu bersaing dengan pasukan serta pelum­ba berpengalaman yang sentiasa mahu memburu kemena­ngan.

“Podium tempat ketiga adalah satu kegembiraan buat saya dan juga buat pasukan Pramac yang sentiasa berusaha untuk menyediakan jentera terbaik di sepanjang minggu ini.

“Saya akui perlumbaan di Qatar sangat sukar kerana anda menguasai 18 pusingan dan ia sangat mendebarkan. Tetapi ia adalah satu pembelajaran baharu buat saya dalam saingan ini.

“Saya mempamerkan pe­ningkatan yang baik setiap kali berada dalam litar dan saya bertekad untuk memperbaiki tungangannya saya. Secara ke­seluruhan saya gembira ke­rana berjaya menamatkan sai­ngan di tempat ketiga pada perlumbaan kali ini,” katanya.

Untuk rekod, Martin me­nyertai pasukan Pramac Ducati dengan merit selepas menjua­rai gelaran dunia Moto3 pada 2018 dan kini telah meraih 10 perlumbaan grand prix dalam kelas Moto3 dan Moto2. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI