fbpx

HDC, UMT bekerjasama tubuh Pusat Inovasi Halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hairol Ariffein (kiri) bertukar dokumen dengan Nor Ainie (kanan) pada majlis menandatangani MoU Pusat Pembangunan Halal di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebuah Pusat Inovasi Halal bakal ditubuhkan di negeri ini melalui kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari berkata, pusat berkenaan ditubuhkan bagi membangunkan ekosistem industri halal terutama di Terengganu.

Beliau berkata, kerjasama strategik berkenaan juga bertujuan menambah bilangan pengusaha memiliki sijil pengesahan halal selain membantu pengusaha terbabit mengeksport produk masing-masing ke luar negara.

“Usahasama HDC dan UMT akan lebih melonjakkan kepentingan industri halal dalam era ekonomi baharu di peringkat global dengan permintaan semasa mencecah RM12.42 trilion setahun.

“HDC berhasrat menjadi pemudah cara dalam ekosistem industri halal negara bagi memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas mewakili HDC menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aeni Mokhtar.

Hairol Ariffein berkata, kerjasama berkenaan membolehkan HDP membantu pengusaha kecil dan sederhana (PKS) memohon sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI