fbpx

Dana Go Halal bernilai RM100 juta dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) dan Halal Development Corporation Bhd. (HDC) memperkenalkan kemudahan pembiayaan baharu untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), iaitu Dana Go Halal dengan saiz portfolio permulaan berjumlah RM100 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, dana tersebut memberikan jumlah pembiayaan bernilai RM100,000 hingga RM1 juta bagi perniagaan pemilik persendirian dan perkongsian atau RM100,000 hingga RM3 juta ke atas bagi perniagaan Sdn. Bhd. dengan tempoh pembayaran semula selama tujuh tahun.

“Tiada cagaran diperlukan untuk memohon, namun usahawan berminat mestilah merupakan ahli HDC dengan perniagaan aktif dalam tempoh minimum dua tahun serta mencatatkan keuntungan sekurang-kurangnya setahun dari dua tahun terakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi menandatangani perjanjian persefahaman antara Bank Islam dan HDC yang diadakan secara maya semalam.

Turut menghadiri sesi berke­naan ialah Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari.

Sementara itu, Hairol berkata, selain pakej kewangan RM100 juta, kerjasama antara kedua-dua pihak turut melibatkan platform digital masing-masing, melalui integrasi antara Halal Integrated Platform (HIP) HDC dan platform SMEXpert Bank Islam.

“Setakat ini, terdapat hampir 2,200 syarikat telah pun mendaftar dalam platform HIP dan mereka sudah boleh dipertimbangkan untuk memohon kemudahan ini,” katanya.

Ahli HIP boleh memohon Dana Halal GO mulai Khamis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI