fbpx

Elly Mazlien umum kini sedang berbadan dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elly Mazlein

PETALING JAYA – Selebriti versatil Elly Mazlein berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bahawa dia kini hamil anak kedua.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Elly mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

“Syukur alhamdulillah. Insya-Allah, tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami.

“Atuk akan dapat cucu lagi, papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja akan dapat adik.

“Dan mama tak sabar nak menjaga kesemua nyawa suri hati ini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,” kata Elly.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, turut mengucapkan terima kasih atas doa daripada semua pihak.

“Terima kasih di atas doa, wahai kesayangan semua. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa. Doa saya agar Allah permudahkan urusan anda semua,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Bakawali itu juga berkongsi mengenai anak sulungnya, Putri Sara Sefhia yang mengimpikan adik perempuan.

“Tapi, kakak Manja (Sefhia) minta sister (kakak). Mana-mana pun tak apa. Hanya mendoakan bayi sihat dan dipermudahkan,” tulisnya.

Elly sebelum ini membuatkan peminatnya berteka teki mengenai kehamilannya dan berjanji untuk berkongsi mengenai perkara itu apabila dia sudah bersedia.

Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sebelum ini Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN