fbpx

Suri rumah disamun, rantai tangan emas direntap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berdurasi 40 saat memaparkan suspek bertindak merentap rantai tangan mangsa dalam kejadian hari ini.

PETALING JAYA – Seorang suri rumah berdepan detik mencemaskan apabila rantai tangan emasnya direntap seorang lelaki ketika berada di dalam sebuah kedai runcit di Kampung Rinching Hilir, Bangi Lama, di sini hari ini.

Video berkenaan kejadian yang berdurasi 40 saat itu tular di laman sosial memaparkan seorang lelaki memakai topi keledar merah dan menyandang beg galas memasuki kedai runcit berkenaan.

Ketika itu mangsa sedang berurusan di kaunter bayaran bersama seorang pekerja dan suspek secara tiba-tiba mendekati mangsa dan cuba merentap rantai tangan yang dipakai menyebabkan mangsa berlari ke dalam kaunter untuk menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada mangsa kira-kira pukul 2 petang.

Katanya, semasa kejadian, mangsa sedang membeli barang keperluan di kedai runcit berkenaan.

“Berlaku pergelutan ketika mangsa cuba menyelamatkan diri, namun suspek berjaya merentap rantai tangannya dan bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran kedai tersebut.

“Bagaimanapun mangsa yang berusia 22 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes masih dalam siasatan pihak polis,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta tampil membantu polis dengan menghubungi mana-mana Balai Polis terdekat atau boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd. Radzee Jamudi di talian 019-6655811.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI