fbpx

Terima gaji RM1,001 hingga RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JEMPOL – Keadaan ekonomi semasa serta kemelesetan ekonomi akibat pendemik Covid-19 antara faktor yang menyebabkan kadar gaji graduan baharu menurun berbanding tahun lalu.

Jabatan Perangkaan menyatakan graduan yang memasuki pasaran pekerjaan tahun lepas memperoleh gaji permulaan lebih rendah berbanding mereka yang memasuki pasaran pekerjaan tahun tahun sebelumnya.

Menurut data berkenaan, majoriti siswazah memasuki pasaran pada tahun berkenaan menerima anggaran gaji bulanan antara RM1,001 hingga RM1,500 berbanding purata RM2,001 hingga RM2,500 yang direkodkan pada tahun 2019.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, keadaan ekonomi semasa serta kemelesetan ekonomi menyebabkan permintaan buruh dan tenaga kerja berkurangan.

“Permintaan (buruh) rendah, sudah pasti graduan sanggup menerima gaji lebih rendah dari biasa… tetapi apabila ekonomi pulih, permintaan buruh dan tenaga kerja bertambah.

“Kita (kerajaan) sememangnya nak rakyat dapat upah gaji lebih tinggi dan salah satu masalahnya ialah gaji permulaan graduan tak meningkat dah 19 tahun,” katanya kepada pemberita selepas membuat Lawatan Kerja ke Projek Halia Muda di Felda Raja Alias 1 di sini semalam.

Mustapa berkata, menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan diwujudkan peluang-peluang pekerjaan yang lebih berkualiti.

Menurutnya, keadaan itu secara tidak langsung memboleh­kan graduan akan menikmati gaji yang tinggi.

“Pertengahan tahun ni kita akan dapat melihat pemulihan yang lebih kukuh dalam ekonomi negara.

“Harapan kita permintaan tenaga kerja akan bertambah dan memberi kesan positif kepada kadar gaji termasuk gaji bagi graduan baru bekerja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI