fbpx

Stail rambut 60-an jadi pilihan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaya potongan jenis 'mid fade' menjadi pilihan ramai pelajar lelaki yang akan memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka bagi peringkat menengah di negeri ini esok.

GEORGE TOWN – Trend rambut jenis ‘mid fade’ dikatakan menjadi pilihan kebanyakan pelajar lelaki yang akan memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka bagi peringkat menengah di negeri ini mulai esok.

Rata-rata mereka memilih untuk mengayakan stail potongan rambut berkenaan yang dikatakan sudah popular sejak tahun 1960-an lagi dan kini telahpun diolah mengikut peredaran masa oleh pengusaha premis gunting rambut.

Pengusaha MJ’s Barbershop, Sarizal Hakeb, 48, berkata, dia tidak menang tangan menerima kehadiran pelanggan yang kebanyakannya adalah pelajar sekolah menengah sejak semalam.

Menurutnya, hampir 80 peratus pelanggan terdiri dalam kalangan pelajar lelaki memilih gaya rambut jenis ‘mid fade’ iaitu potongan nipis di belakang hingga bawah serta tebal pada bahagian sisi.

“Trend rambut ini mulai popular sejak tahun lalu dan telah menjadi pilihan ramai golongan belia terutama pelajar sekolah. Mereka mengatakan lebih selesa dan kelihatan tampak kemas apabila menggayakan potongan rambut sebegini.

“Mereka (pelanggan) sanggup tunggu lebih awal sebelum kedai dibuka awal setengah jam pada pukul 11.30 sejak semalam lagi. Mereka memilih memotong rambut saat akhir sesi persekolahan menengah bermula esok,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sarizal menetapkan harga bagi potongan rambut jenis ‘mid fade’ adalah RM20 seorang.

Berhubung perniagaanya, Sarizal memberitahu, dia kini mula menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan semula premis gunting rambut beroperasi.

“Setakat ini, belum ada peluang untung menabung atau menyimpan wang simpanan daripada hasil pendapatan bulanan disebabkan perlu menjejaskan tunggakan sewa dua premis iaitu di Bukit Gedung dan Bukit Jambul serta bil elektrik dan kos pengurusan.

“Bagaimanapun, saya berasa lega kerana perniagaan sepenuh masa ini masih mendapatkan sambutan yang menggalakan daripada pelanggan tetap dan baharu,” ujarnya lagi.

Terdahulu, sesi persekolahan secara bersemuka dilakukan secara berperingkat dengan murid sekolah rendah Tahun Tiga hingga Enam telah hadir ke sekolah pada 8 Mac lalu manakala murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua pula bermula pada 1 Mac.

Bagi murid sekolah menengah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala sekolah di negeri-negeri lain akan bermula pada 5 April ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI