fbpx

Tiga pejalan kaki cedera dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN gerai yang dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iriz yang hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah motosikal di Pasar Pagi Klebang Jaya di Chemor, Ipoh hari ini.- Foto MEDIA SOSIAL

IPOH – Tiga pejalan kaki cedera apabila dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah motosikal di Pasar Pagi Klebang Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, tiga pejalan kaki masing-masing dua lelaki dan seorang wanita berusia 64, 70 dan 55 tahun mengalami luka-luka dan lebam di beberapa bahagian badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, kejadian berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iriz dipandu lelaki berusia 82 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chemor.

Katanya, kereta itu bagaimanapun hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah motosikal yang tiba-tiba masuk ke laluannya.

“Akibat terkejut dan mengelak ke kanan, kereta dipandu warga emas itu telah terlanggar sebuah van di kanan jalan, gerai penjaja dan tiga orang pejalan kaki di pasar itu.

“Ketiga-tiga pejalan kaki tersebut cedera ringan termasuk luka-luka dan lebam dengan masing-masing menerima rawatan di hospital,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI