fbpx

Reezal puas hati pelaksanaan protokol pengurusan penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal (kanan) mendengar taklimat mengenai pelaksaan kemasukan penonton ke dalam stadium malam tadi.

PUTRAJAYA – Protokol pengurusan penonton yang cukup sistematik dan baik dilaksanakan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menjadi tanda aras dan contoh untuk pasukan serta penonton lain.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Meerican Naina Merican berkata, pengurusan JDT yang mengambil extra ‘miles’ dengan menambah kawalan marshal perlawanan selain penglibatan KBS Sports Bubble Volunteers adalah tepat.

Katanya, MFL dan JDT telah mempamerkan satu standard protokol pengurusan penonton yang cukup baik dan sistematik.

“Terima kasih para pemain ke-12! Anda telah dapat mempamerkan semangat penonton norma baharu yang baik.

“Saya yakin, kaedah pengurusan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh pemain ke-12 ini boleh menjadi tanda aras dan template untuk pasukan dan penonton pasukan lain,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya.

Menurutnya lagi, dia turun ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru untuk melihat pelaksanaan protokol pengurusan penonton dalam perlawanan percubaan, proof of concept (POC) JDT menentang Melaka United FC.

“Pasukan pemantau Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia turut dijemput bersama-sama di dalam pemantauan ini agar mereka dapat melihat sendiri bagaimana pengurusan penonton ini dilaksanakan.

“Saya dan pasukan KBS juga ingin merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor atas kerjasama pengurusan JDT yang telah meletakkan satu tanda aras yang cukup tinggi dalam penganjuran perlawanan dengan penonton ini,” jelasnya.

Tegasnya lagi, pasukan KBS akan terus memastikan sukan tetap semarak dan menjadi titik penyatuan serta kebersamaan rakyat Malaysia.

Perlawanan keenam Liga Super itu menjadi projek perintis kepada kemasukan semula penonton ke stadium di mana seramai 10 peratus atau maksimum 2,000 penonton dibenarkan masuk untuk menyaksikan perlawanan di negeri Perintah Kawalan Pemulihan Bersyarat (PKPB).

Satu lagi perlawanan projek perintis akan berlangsung malam ini antara Kuala Lumpur City FC dan Sabah FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI