fbpx

Mayat wanita dibaham buaya dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

MIRI – Mayat seorang wanita yang dipercayai dibaham buaya di sungai berdekatan rumah panjang Mathis Depa, Sungai Peking, Tinjar, Bakong di sini, telah dijumpai hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung dengan anggaran jarak lebih kurang 100 meter dari jeti rumah panjang terbabit sekitar pukul 10.30 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan anggota badan masih lengkap dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu laporan hari ini.

Difahamkan mangsa yang dikenalpasti sebagai Runyan Tempan, 38, sedang mandi bersama anaknya di sungai berkenaan tengahari semalam.

Semasa anak mangsa naik ke darat untuk mengambil baldi, penduduk kampung yang berada di sekitar kawasan tersebut telah melihat seekor buaya tiba-tiba membaham mangsa.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Luang Ganggang telah dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengahari.

Perjalanan pihak bomba ke lokasi kejadian mengambil masa kira-kira tiga jam dengan jarak sejauh 141 kilometer. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI