fbpx

Penagih parah kelar lengan dengan pisau gerigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebilah pisau bergerigi dipercayai digunakan seorang lelaki untuk mengelar pergelangan tangannya di Jelutong, George Town malam tadi.

GEORGE TOWN – Seorang penganggur lelaki parah selepas dipercayai mengelar pergelangan tangan kirinya menggunakan sebilah pisau gerigi di sebuah rumah di Jelutong di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.05 malam itu, lelaki bujang berusia 55 tahun itu parah apabila saluran darah pada lengannya dipercayai terputus.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu disedari sepupu lelaki berkenaan berusia 44 tahun yang menyaranya dan tinggal berdekatan.

“Ketika sepupunya mahu mengajak suspek makan, dia dilihat terduduk di atas lantai dan bersandar pada dinding di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah akibat mengelar tangannya.

“Sebelum itu, sepupunya keluar mencari makan di hadapan rumah dan suspek dilihat dalam keadaan baik sebelum itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki tersebut yang mempunyai lapan rekod lampau termasuk empat rekod berkaitan dadah itu tinggal di rumahnya seorang diri.

“Polis turut menjumpai sebilah pisau bergerigi dipercayai digunakan oleh suspek untuk mengelar tangan kirinya,” katanya.

Soffian berkata, lelaki itu yang dirawat di Hospital Pulau Pinang di sini didapati mengalami kecederaan serius akibat kehilangan banyak darah dan tidak sedarkan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI