fbpx

Harimau kumbang ketiga masuk perangkap di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Perhilitan berjaya menyelamatkan seekor harimau kumbang yang masuk ke dalam perangkap di Kampung Chembong Kecil, di sini, pagi tadi.

REMBAU – Kurang dari tempoh sebulan, tiga ekor harimau kumbang sekali lagi masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Chembong Kecil, di sini, pagi tadi.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, perangkap berkenaan baharu sahaja dipasang 30 Mac lalu setelah menerima aduan penduduk berikutan binatang ternakannya seekor kambing telah diterkam harimau.

Menurutnya, pihaknya telah memasang kamera perangkap terlebih dahulu bagi memantau pergerakan harimau kumbang dan memasang perangkap di laluan yang dipercayai berlaku pergerakan harimau pada hari yang sama.

“Pagi tadi kira-kira pukul 8.30 pagi kita terima maklumat dari penduduk harimau kumbang telah berjaya masuk ke dalam perangkap dan telah melaksanakan operasi menyelamat harimau kumbang berkenaan.

“Buat masa ini jantina, berat dan usia harimau kumbang berkenaan masih belum dapat dipastikan dan maklumat berkenaan akan diketahui selepas rawatab diberikan Pegawai Vaterinar,” katanya ketika ditemui di Kampung Chembong Kecil, di sini, tadi.

Wan Mat berkata, selepas rawatan diberikan harimau kumbang berkenaan akan dilepaskan di kawasan perlindungan di bawah seliaan Perhilitan.

Menurutnya, sejak 3 Mac lalu, Perhilitan telah menyelamatkan tiga ekor harimau kumbang yang masuk ke dalam perangkap bermula di Kampung Ulu Nuri, Johol, di Kuala Pilah kemudian diikuti Kampung Solok Baing, Kendong, 24 Mac lalu juga di Rembau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI