fbpx

Dua beranak ditahan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh IZZATUL ‘AIN AZMAN

PETALING JAYA – Seorang ibu tunggal yang berusia 48 tahun dan anak lelakinya ditahan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas dipercayai positif dadah dalam Ops Perdana di Sepang baru-baru ini.

Selain wanita itu dan lelakinya yang berusia 18 tahun, turut berada di dalam rumah sama ialah seorang gadis berusia 20 tahun yang dipercayai bakal menantunya. Mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Tiga individu itu merupakan antara 181 individu yang didapati positif dadah dalam operasi di lima daerah di Selangor selama tiga berakhir Rabu lalu.

Daerah yang terlibat ialah Petaling, Klang, Ampang, Kuala Selangor dan Sepang.

Menurut Pengarah AADK Selangor, Dr. Nazira Sadiron berkata, selain methamphetamine, mereka yang ditahan dipercayai positif dadah jenis opiat, ketamin dan ganja,” katanya pada sidang akhbar Operasi Perdana AADK di sini hari ini.

AADK akan terus memperhebatkan program-program pencegahan yang sedia ada bagi melumpuhkan penularan dadah di Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI