fbpx

TNB: Bekalan elektrik telah pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik yang terganggu kepada kira-kira 10,000 pengguna di sekitar Cheras, kerana Pencawang Masuk Utama (PMU) SPPK Cheras, yang terpelantik petang tadi.

TNB dalam satu kenyataan berkata, gangguan yang bermula pukul 4:27 petang berjaya dipulihkan sepenuhnya pada pukul 5:41 petang tadi.

“Hampir 10,000 pengguna di sekitar Cheras terjejas kerana perkara tersebut.

“Kepada pelanggan yang terlibat, pihak TNB memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, siasatan akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI