fbpx

Warga emas rugi RM45,200 dengar saranan kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seorang warga emas menanggung rugi sebanyak RM45,200 gara-gara mendengar saranan rakannya untuk menyertai pelaburan saham Bitcoin dengan janji pulangan keuntungan RM400 sehari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, mangsa yang berusia 68 tahun telah diperkenalkan mengenai pelaburan itu melalui rakannya pada Jun 2019.

Katanya, mangsa kemudian telah dibawa oleh rakannya itu berjumpa dengan seorang suspek mendakwa ketua kumpulan untuk pelaburan tersebut dan telah melabur sebanyak RM2,200.

“Mangsa telah membuat pelaburan pertama menggunakan cek berjumlah RM2,200 daripada kenalannya.

“Suspek dijanjikan akan mendapat pulangan pelaburan dalam masa 45 hari,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, pada 27 Ogos berikutnya, mangsa kemudian telah berjumlah dengan suspek sama yang memujuknya untuk membeli satu Bitcoin dengan harga RM43,000.

“Mangsa yang termakan dengan ajakan suspek telah bersetuju dan membuat pembayaran sebanyak dua kali berjumlah RM43,000 ke akaun yang diberikan suspek.

“Mangsa telah dijanjikan akan mendapat pulangan sebanyak RM400 setiap hari selagi wang pelaburan masih ada di dalam akaun tersebut,” katanya.

Jelasnya, bagaimanapun mangsa tidak menerima sebarang pembayaran sehingga semalam dan membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah selepas disedari telah ditipu suspek.

Sundra berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI