fbpx

Malaysia harap tuah ke Olimpik Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA jurulatih Malaysian Tigers, Arul Selvaraj giat mempersiapkan skuad hoki kebangsaan untuk beraksi pada mana-mana kejohanan termasuk Sukan Olimpik jika ditawarkan peluang sebagai pasukan ganti.

SKUAD hoki lelaki negara tidak akan melepaskan peluang ber­aksi pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun sekiranya mendapat ‘durian runtuh’ ditawarkan tempat ke pentas berprestij dunia itu pada Julai depan.

Timbalan Presiden Konfe­derasi Hoki Malaysia (MHC), Profesor Datuk Dr. S. Shamala mene­gaskan, Malaysian Tigers tidak akan berdepan masalah kerana pasukan kebangsaan sentiasa berlatih untuk menghadapi apa-apa kejohanan berprestasi tinggi.

Terdahulu, timbul spekulasi Malaysia mungkin boleh menggantikan slot Afrika Selatan yang bergelut mengumpul dana selepas kerajaan negara itu dikatakan enggan menanggung kos pasukan ranking ke-14 dunia itu.

“Malaysia adalah pasukan pengganti pertama bagi Olimpik. Jadi, kami sentiasa bersedia jika ada pasukan tarik diri walaupun saya tiada dengar apa-apa khabar angin buat masa ini.

“Namun, mungkin ada pasukan akan berdepan masalah untuk ambil bahagian kerana situasi Covid-19. Mungkin sebab itu juga ada spekulasi berlegar selagi Sukan Olimpik belum bermula.

“Ini kerana, mustahil ada pasu­kan tarik diri daripada Sukan Olimpik. Jika betul Malaysia ditawarkan tempat, kita akan sambar peluang itu kerana ia sesuatu yang sangat bagus bahkan kita juga sudah berlatih,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Laporan portal antarabangsa Independent Online baru-baru ini mendedahkan, skuad hoki Afrika Selatan perlu mencari dana sekurang-kurangnya 3.5 juta Rand Afrika Selatan (RM970,000), namun sehingga kini baru berjaya meraih 30,000 Rand (RM8,355).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI