fbpx

Kedah benarkan tarawih, moreh di masjid dan surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) membenarkan aktiviti mengimarahkan masjid dan surau sepanjang Ramadan ini termasuk solat tarawih dan moreh.

Pengarahnya,  Mohd. Yusri Md. Daud berkata, pelaksanaan semua aktiviti yang berkuat kuasa pada 1 Ramadan itu perlu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Solat tarawih selepas solat Isyak dibenarkan mengikut kapasiti keseluruhan masjid dan surau dengan mematuhi protokol kesihatan dan penjarakan fizikal minimum satu meter. Itu termasuk program tadarus al-Quran juga dengan SOP sama.

“Program qiamullail di masjid dan surau pula dibenarkan dengan aktiviti  terhad kepada ibadah solat sunat, membaca al-Quran dan zikir sahaja. Tidur di masjid dan surau tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kariah masjid dan surau juga boleh mengadakan jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur di kawasan berkenaan dengan mematuhi penjarakan fizikal.

“Jamuan hanya dibenarkan dalam bentuk bufet sahaja serta dihidangkan di ruangan khas jamuan dengan mengamalkan SOP ketat. Namun begitu, makanan yang siap dibungkus amat digalakkan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI