fbpx

Serangan debu kuning di jejaskan kualiti udara Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki memandang langit Seoul yang tebal dengan debu kuning dari sebuah balai cerap di Gunung Inwang, semalam. - Yonhap

SEOUL – Pentadbiran Meteorologi Korea mengeluarkan amaran debu kuning di kota raya  Seoul  pukul 7.0 pagi (waktu tempatan) hari ini dan meminta orang ramai yang mempunyai  masalah pernafasan atau penyakit kardiovaskular, kanak-kanak dan golongan berisiko tinggi lain supaya kekal di rumah.

Amaran debu halus itu dikeluarkan apabila bacaan partikel PM 10 diramal berada pada paras 800 mikrogram permeter padu lebih daripada  dua jam, lapor agensi berita Yonhap.

Pihak berkuasa Korea Utara mengklasifikasikan  bacaan PM 10 antara 0 hingga 30 mikrogram sebagai ‘baik’, bacaan antara 31 hingga 80 adalah normal, antara 81 hingga 150 sebagai ‘buruk’ dan lebih 151 adalah ‘sangat buruk’.

Menurut pusat kualiti udara, debu tersebut yang saiznya lebih kecil daripada  2.5 mikrometer dikenali sebagai PM 2.5  berbahaya kepada sistem pernafasan dan kesihatan manusia.

Ia mencapai paras sangat buruk di seluruh negara termasuk Seoul.

Sekitar pukul 7 pagi semalam, bacaan partikel PM 2.5 itu meningkat setiap jam kepada  96 mikrogram di Seoul, 107 mikrogram di wilayah Gyeonggi, 105 mikrogram di wilayah Chungcheong Utara, 91 mikrogram di Daejeon dan 95 mikrogram di wilayah Jeolla Utara.

Tahap PM 10 mencapai kemuncak  545 mikrogram di Seoul pagi ini manakala Busan dan pulau peranginan  Jeju mencatat tahap buruk 10 PM dengan masing-masing mencatat bacaan  98 dan 109 mikrogram.

Pusat meterologi menjelaskan bahawa debu kuning itu berasal dari wilayah Inner Mongolia  di utara China dan sekitar Gurun Gobi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI