fbpx

Kilang minyak PT Pertamina, RU VI Balongan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran dipercayai berpunca daripada petir yang menyambar. - Antara/Ho Suci/CNN Indonesia

JAKARTA – Sebuah kilang minyak milik PT Pertamina, RU VI Balongan di Jawa Barat terbakar dalam satu kejadian yang berlaku awal pagi tadi, lapor agensi berita CNN Indonesia hari ini.

Kebakaran yang berlaku pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan itu dipercayai berpunca daripada petir yang menyambar dalam cuaca hujan.

Penolong Ketua Bahagian Penyelamat dan Pemindahan Pemadam Kebakaran Indramayu, Suyanto berkata, susulan insiden tersebut, pihaknya telah mengerahkan dua jentera pemadam kebakaran untuk memadamkan api.

“Ada terdengar bunyi letupan. Penyebab kebakaran dipercayai kerana disambar petir dalam cuaca hujan,” ujarnya kepada laman berita Okezone hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk setempat, Suci berkata, dia dapat melihat api yang begitu marak dari rumahnya yang berada pada jarak kira-kira lima kilometer (km) dari kawasan kilang terbabit.

“Kalau dari sini jaraknya memang jauh. Tapi, saya dapat melihat api yang marak dengan begitu tinggi secara jelas,” katanya.

Kilang minyak RU VI Balongan merupakan kilang keenam daripada tujuh buah kilang Direktorat Pemprosesan PT Pertamina. – Liputan6.com/Helmi Afandi

Kilang RU VI Balongan merupakan kilang keenam daripada tujuh buah kilang Direktorat Pemprosesan PT Pertamina.

Aktiviti utama di kilang tersebut adalah pemprosesan minyak mentah menjadi produk-produk bahan bakar minyak, bukan bahan bakar minyak dan petrokimia.

Kilang tersebut mula beroperasi pada tahun 1994 dan terletak sekitar 200km dari arah timur Jakarta. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN