fbpx

UMNO perkukuh undang-undang syariah jika kembali berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – UMNO bercadang meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan undang-undang jenayah syariah lebih kukuh dalam sistem perundangan negara jika memperoleh majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mahkamah Tinggi baru-baru ini membuat keputusan mengenai kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan keputusan tersebut amat menyentuh perasaan umat Islam.

Menurut beliau, keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra Mubarak pula memberi implikasi yang mendasar dan berpotensi untuk membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah syariah.

“Malah boleh melumpuhkan sistem undang-undang jenayah Syariah di Malaysia. Keputusan ini juga boleh menggugat kuasa negeri-negeri untuk menggubal dan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah.

“Mungkin kita perlu pinda Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan undang-undang syariah Islam lebih kukuh dalam sistem perundangan negara kita,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI