fbpx

Selangor Angels tepati ramalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
An Najwa Azizan (kanan) dan L. Karishma (kiri) cuba merampas bola pada aksi Kumpulan A NSL di Stadium Juara, Bukit Kiara malam tadi.

KEMAMPUAN Selangor Angels sememangnya berada dalam kelas tersendiri apabila muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke pentas separuh akhir edisi pertama Netball Super League (NSL) musim ini.

Kejayaan itu hadir selepas Selangor yang merupakan antara pilihan utama kejohanan, menewaskan Negeri Sembilan (NS) Venom 52-35 pada aksi keempat Kumpulan B di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut ke atas NS ­Venom selepas terdahulu menang 56-31 kelmarin sekali gus terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kejohanan ini.

Ia membolehkan skuad bimbingan Rosnani Ismail itu mengungguli carta Kumpulan B dengan 10 mata selepas empat perlawanan, tiga mata mengatasi pasukan tangga kedua, Johor Jewels dan tujuh mata ke atas Negeri Sembilan di tempat ketiga.

Secara matematik, tempat Selangor ke separuh akhir sebagai dua pasukan teratas daripada Kumpulan B dilihat sudah terjamin biarpun saingan peringkat kumpulan masih berbaki dua perlawanan.

Begitupun, ia tidak bermakna Selangor boleh terus mendabik dada, sebaliknya mereka masih perlu memenangi baki dua perlawanan minggu depan menentang Pahang Tulips pada 3 April dan Johor Jewels sehari kemudian.

Ia bagi menjamin status Selangor sebagai juara Kumpulan B untuk mengelak bertemu pemenang Kumpulan A yang berkemungkinan besar bakal menjadi milik gergasi bola jaring tanah air, Kuala Lumpur (KL) Wildcats.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI