fbpx

Soyeon fobia diintip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOYEON

KISAH mengenai selebriti sering diekori atau diintip bukanlah suatu perkara baharu di Korea Selatan.

Demikian juga pengalaman penyanyi Soyeon apabila menjadi mangsa intipan seorang lelaki hingga mendatangkan rasa fobia kepada dirinya.

Bukan sekali, tetapi sudah berbulan-bulan bahkan sejak pertengahan tahun lalu lagi dia menjadi mangsa gangguan lelaki terbabit.

Berkongsi mengenainya, Soyeon melihat situasi begitu sudah menjadi lumrah buat artis di negaranya.

“Dalam kalangan peminat, ada yang menyayangi kami dan menunjukkan cara berhemah. Bagaimanapun, ada juga yang menunjukkan sokongan dengan cara memudaratkan,” katanya.

Soyeon sebenarnya akur dengan lumrah itu, namun berharap akan ada penyelesaian sistematik untuk menangani perkara tersebut.

Menurutnya, isu peminat yang memudaratkan perlu diperhalusi pihak berwajib dan bertanggungjawab agar tidak berleluasa.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 30-an itu disiasat berhubung tindakannya menceroboh bangunan kediaman bekas anggota T-ara itu.

Sewaktu insiden tersebut, lelaki itu dikatakan menekan lonceng pintu setiap rumah di bangunan berkenaan satu persatu untuk mencari Soyeon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI