fbpx
HAKIM Danish meraih kedudukan ketiga pada saingan ATC 2021 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar sebentar tadi.

Hakim Danish naik podium di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUMBA negara menyinar pada aksi pembukaan Asia Talent Cup (ATC) di Qatar apabila pelumba berusia 13 tahun, Muhammad Hakim Danish menamatkan saingan di kedudukan ketiga di Litar Antarabangsa Losail, sebentar tadi.

Lebih manis rakan senegara Hakim iaitu Sharul Ezwan Sharil menamatkan saingan tempat kelima manakala Danial Syahmi Ahmad Shahril yang kembali ke saingan tersebut mengakhiri saingan tempat ketujuh.

Pada saingan tersebut, Hakim yang memulakan saingan di petak kedua sedikit ketinggalan, namun pelumba kelahiran Terengganu itu tidak berputus asa dan terus mengejar semula kelompok hadapan. 

Impiannya untuk merampas semula posisi tersebut pada pusingan terakhir tidak kesampaian dan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Juara perlumbaan tersebut dimenangi pelumba Jepun, Taiyo Furusato dan tempat kedua menjadi milik rakan senegaranya, Gun Mie. Perlumbaan Kedua ATC akan berlangsung malam esok di litar sama. K! ONLINE

POPULAR