fbpx

Debut solo Wendy Red Velvet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WENDY

SM Entertainment mengesahkan artis naungannya, Wendy daripada kumpulan Red Velvet bakal membuat debut solo menjelang 5 April depan menerusi album Like Water.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, album tersebut akan menghimpunkan lima buah lagu yang berbeza genre dan mempunyai emosi tersendiri.

“Wendy telah mempamerkan vokal mengagumkan melalui banyak aktiviti solo, termasuk kolaboratif dengan artis lain dan menyanyikan beberapa buah lagu runut bunyi bagi drama tertentu.

Dengan reputasinya sebagai vokalis berbakat, harapan untuk album debut solonya sangat tinggi dan diterima umum, amat besar,” tulis agensi.

Album Like Water dibuka untuk tempahan di semua kedai muzik serta platform digital sejak 24 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI