fbpx

Tular bola api melayang di depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej bola api melayang yang sempat dirakam pengguna TikTok @amelia_liut.

JAKARTA – Satu rakaman video menyeramkan di Indonesia yang memaparkan bola api misteri menjadi tular dalam aplikasi TikTok, lapor portal berita Suara.com kelmarin.

Menerusi video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok @amelia_liut, bola api itu kelihatan melayang-layang di hadapan sebuah rumah.

Bola api yang melayang pada waktu malam itu juga dilihat terbang dengan sendirinya tanpa tali atau alat bantuan lain.

Lokasi sebenar kejadian ter­sebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Warga TikTok rata-rata berkongsi rasa takut sejurus menonton video itu dan ada yang meneka ia mungkin perbuatan ilmu hitam.

Seorang pengguna TikTok memberitahu bahawa dia pernah melihat kejadian serupa.

“Rumah saya dahulu pernah ada kejadian sebegini, difahamkan itu merupakan ilmu sihir dan api itu mahu menyambar rumah saya.

“Ada bunyi seakan-akan bom sedang meletup, namun syukur rumah saya tidak runtuh,” tulisnya di ruangan komen.

Seorang lagi netizen menulis: “Dukun kini semakin canggih, mungkin itu dron api yang digunakan untuk menghantar sihir.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI