fbpx

Tonto dicekup ketika ‘hendap’ JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Pengangkutan Jalan, Adenan Mat Isa Menunjukkan kenderaan yang digunakan oleh tonto tersebut semasa penangkapan dilakukan di seberang jaya hari ini. FOTO - MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN.

SEBERANG PERAI – Tujuh lelaki dipercayai tonto berusia di antara 20 hingga 40 tahun dicekup dalam operasi selama kira-kira dua jam di daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) di sini hari ini.

Dua daripada mereka ditahan ketika sedang ‘menghendap’ pergerakan keluar masuk anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di luar pintu pejabat agensi itu di Seberang Jaya di sini dalam operasi bermula pukul 8.30 pagi itu.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, operasi itu turut dijalankan di enam lokasi lain iaitu susur keluar Stesen Penguatkuasa (SPK) Penaga, stesen minyak berhampiran Lebuh Raya Butterworth-Kulim, persimpangan Balai Polis Seberang Jaya, Medan Selera Singgah Sat dan susur keluar SPK Valdor dan berhadapan sekolah Tamil di Nibong Tebal.

“Tiga daripada tonto tersebut disahkan positif dadah jenis methamphetamine selepas satu ujian saringan air kencing dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Selain itu, enam buah motosikal serta sebuah kenderaan pacuan empat jenis Toyota Hilux turut disita,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JPJ Seberang Jaya di sini hari ini.

Menurut Adenan, pihaknya turut merampas tujuh peralatan komunikasi yang dipercayai tidak dilesenkan serta digunakan oleh tonto-tonto terbabit sebelum diserahkan kepada SKMM untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati, kebanyakan tonto ini diupah oleh pemilik-pemilik lori yang membawa muatan berlebihan bagi mengelak daripada ditahan.

“Jika menerima maklumat daripada tonto mengenai pergerakan JPJ ke satu-satu lokasi, maka, lori-lori ini tidak bergerak,” katanya lagi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI