fbpx

Kenapa dengan Nonny Nadirah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nonny Nadirah

PETALING JAYA – Satu hantaran yang dimuat naik pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah menimbulkan tanda tanya tentang penampilan terbaharu dirinya.

Menerusi hantaran video berdurasi selama 38 saat yang dikongsikan, Nonny memaparkan seorang wanita berbaju putih berpenampilan seksi dan mengenakan stokin jaring. Bagaimanapun wajah wanita misteri itu ditutup dengan alat pelindung muka.

“It’s good to be back (bagus untuk kembali)”, tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Berdasarkan tinjauan dalam Instagramnya yang mempunyai 483,000 pengikut itu, Nonny didapati telah memadam semua perkongsian yang pernah dimuat naik sebelum ini.

Terdahulu Nonny, atau sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 31, tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.

Selebriti asal Sabah itu sebelum ini pernah mendedahkan bahawa ada segelintir pengarah tidak sensitif dengan penampilannya yang berhijab apabila disuruh membuka tudung ketika berlakon.

Malah Nonny juga memaklumkan bahawa dia tidak akan sesekali tewas dengan permintaan pengarah dan sanggup melepaskan watak yang memerlukan dia perlu membuka tudung.

Pada tahun lalu, Nonny pernah menarik perhatian netizen selepas membatalkan rancangan perkahwinannya dengan kekasih, Niezam Zaidi.

Bagaimanapun, Nonny tidak mendedahkan punca dia membatalkan majlis perkahwinannya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI