fbpx

Neelofa nikah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris dan Neelofa

PETALING JAYA – Inai di jari menjadi petunjuk terbaharu mengenai teka-teki tarikh sebenar majlis pernikahan selebriti terkenal, Neelofa bersama penceramah bebas, Haris Ismail.

Gambaran itu dapat dilihat dengan jelas dalam satu perkongsian di InstaStory Neelofa ketika selebriti itu mempromosikan satu produk makanan.

Dalam video tersebut, inai pada jari tangan kirinya saling tak tumpah seperti inai sering dipakai oleh bakal pengantin baharu.

Hasil tinjauan Kosmo! menerusi gambar-gambar terdahulu, Neelofa dilihat hanya memakai inai pada bahagian kuku.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila tular beberapa keping gambar menunjukkan rakan-rakan karib Neelofa berada di ke­diaman bekas pengacara MeleTOP itu dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.

Berdasarkan komen-komen netizen, difahamkan sebuah maj­lis berinai untuk pasangan itu telah diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

Bagaimanapun, Neelofa dan Haris, 26, mahupun ahli keluarga kedua-dua belah pihak masih mengunci mulut mengenai majlis yang dinantikan ramai itu.

Dalam pada itu, seperti memberi bayangan bahawa selebriti berpurdah itu akan menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat, pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal turut mendoakan Neelofa menjadi isteri solehah kepada Haris atau PU Riz.

Ucapan positif tersebut ditulis Ustaz Don dalam satu entri terbaharu semalam usai menjalani penggambaran sebuah program terbaharu bertajuk NtoN bersama Neelofa dan Nabil.

Dalam tulisannya, Don mendoakan Neelofa, 32, dan PU Riz, 26, disatukan dengan penuh keberkatan.

“Untuk Neelofa, saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik.

“Diberi pilihan itu pilihan yang baik. Semoga Neelofa menjadi isteri solehah dan kepada Haris, jaga perhiasan dunia yang baik Allah SWT beri ini,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ustaz Don turut memuat naik dua keping gambar dia bersama Neelofa dan Nabil Ahmad.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI