fbpx

1,275 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,275 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 339,443 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 32 kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 1,243 kes penularan tempatan.

Menurutnya, sebanyak 14,269 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

“Terdapat satu kes kematian baharu menjadikan sebanyak 1,249 kes kematian Covid-19 dicatatkan di Malaysia.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,509 kes dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 323,925 kes,” katanya pada Facebook di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 161 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 70 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI