fbpx

Wanita diarah bayar pampasan kepada suami wanita ditidurinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Mahkamah Daerah Tokyo di Tokyo Jepun. - AFP

TOKYO – Seorang wanita menerima padah apabila terpaksa membayar sejumlah wang pampasan kepada suami wanita yang ditidurinya, lapor akhbar New York Post semalam.

Akhbar tersebut memetik  The Asahi Shimbun melaporkan bahawa Mahkamah Daerah Tokyo memerintahkan wanita berusia 37 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu membayar pampasan AS$1,010 (RM4,180) kepada seorang lelaki selepas dia mengadakan hubungan seks dengan isteri lelaki itu.

Suami tersebut yang berang, memfailkan tuntutan mahkamah terhadap kekasih isterinya yang dikenali wanita tersebut secara online. Dia mendakwa defendan menjadi punca isterinya curang.

Sebagai pembelaan, isteri tersebut mendakwa hubungan sulit mereka tidak boleh dikategorikan sebagai kecurangan kerana tidak menyebabkah perkahwinan tersebut berantakan.

Mahkamah bagaimanapun memtuskan apa sahaja kelakuan yang mengganggu keharmonian rumah tangga termasuk hubungan seks sejenis di luar perkahwinan disifatkan sebagai perbuatan curang.

Sebelum ini, hubungan sejenis tidak dikategorikan sebagai kes curang di bawah undang-undang negara itu.

Mahkamah Tinggi Tokyo pada Mac lalu telah memerintahkan seorang wanita untuk membayar pampasan kepada pasangan sama jenisnya selepas memusnahkan ‘penyatuan’ mereka dengan berlaku curang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI