fbpx

Tomyam udang kung jadi warisan UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Tomyam udang kung bakal dijadikan salah satu warisan Thai di bawah UNESCO. - Google

BANGKOK – Kementerian Kebudayaan Thailand  sedang berusaha menjadikan makanan tradisional tomyam udang kung sebahagian daripada warisan budaya Thailanddalam senarai Pertubuhan Pendidikan, Ilmiah dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kabinet semalam telah mempersetujui cadangan kementerian berkenaan untuk mendapatkan penyenaraian itu, kata Menteri Kebudayaan, Itthiphol Kunplome.

Menurut Itthiphol, beliau ingin menjadikan tomyam udang kung sebagai salah satu warisan negara yang diiktiraf kerana makanan tersebut merupakan hidangan tersohor di seluruh dunia.

Tomyam udang kung berasal dari golongan petani yang hidup di tebing sungai dan terusan di wilayah tengah Thailand dan mewakili gaya hidup sederhana masyarakat tempatan.

“Resepi dan kemahiran memasak tom yum kung telah diturunkan secara turun-temurun di setiap isi rumah di Thailand.

“Industri masakan yang terdiri daripada pengusaha makanan tempatan dan nasional telah berkembang maju dalam menambah baik hidangan tomyam hingga mampu dinikmati seluruh masyarakat dunia,” kata Itthiphol.

Dalam pada itu, Itthipol berkata, penyenaraian tomyam kung dalam UNESCO akan meningkatkan reputasi antarabangsa masakan Thailand dan mewujudkan peluang perniagaan lebih luas untuk industri makanan tempatan.

Selain tomyam, sebuah drama tarian tradisional wilayah selatan yang digelar Nora dan seni urut Thailand juga sedang menunggu persetujuan UNESCO untuk dimasukkan dalam senarai warisan negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI