fbpx

Nasihat Solji untuk Brave Girls ‘layan’ populariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLJI

SUSULAN populariti Brave Girls yang tiba-tiba meroket sejak kebelakangan ini menerusi single Rollin yang diluncurkan pada 2017 menjadi tular, penyanyi Solji tidak ketinggalkan mengucapkan tahniah kepada kumpulan itu.

Solji sebelum ini pernah berdepan situasi sama apabila lagu ikonik kumpulan EXID iaitu Up & Down yang popular sekitar 2014 kembali tular dan menembus ruang carta muzik tempatan.

Memberi pandangan terhadap kejayaan yang diraih Brave Girls, Solji mengakui dia gembira dan berbangga melihat kumpulan itu melakar sejarah tersendiri dalam profil karier mereka.

Solji turut ditanya adakah dia mahu menyampaikan nasihat kepada kumpulan itu selepas mencapai populariti.

“Ketika lagu kami kembali tular suatu ketika dahulu, semua anggota EXID jadi terkejut dan keliru. Betulkah? Kenapa kami? Jadi saya rasa, perasaan itulah yang sedang dilalui Brave Girls ketika ini.

“Jadi nasihat saya, nikmati sahaja populariti yang kalian kecapi. Selepas ini anda mungkin akan dihujani ribuan tawaran sehingga tiada masa rehat.

“Paling utama, jaga kesihatan. Supaya nanti dapat melakukan persembahan terbaik untuk peminat,” ujarnya ketika muncul dalam program 2 O’Clock Escape Cultwo Show.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI