fbpx

Didenda RM10,000, penjara cuba rasuah polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R. Lingeswaran dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Ipoh selepas dijatuhi hukuman penjara dan denda atas kesalahan cuba merasuah anggota polis, Julai tahun lalu.

IPOH – Bekas kakitangan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merasuah anggota polis pada Julai tahun lalu.

Tertuduh, R. Lingeswaran, 38, juga berdepan hukuman penjara dua minggu lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman tersebut dijatuhkan setelah Lingeswaran yang merupakan pegawai am rendah di pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengaku bersalah di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, Lingeswaran didakwa memberi suapan iaitu wang tunai berjumlah RM350 kepada Sarjan Som Nek Euat yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sekitar Jalan Tupai, Taiping pada pukul 9.20 malam, 13 Julai 2020.

Suapan itu diberikan sebagai dorongan untuk Som Nek Euat tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lelaki itu kerana menghalang tugas penjawat awam bagi menjalankan pemeriksaan terhadap dirinya.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI