fbpx

54 individu ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Seramai 41 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi operasi pematuhan di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 28 individu telah dikompaun, manakala 13 lagi direman.

“Antara kesalahan yang direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (24) dan tidak memakai pelitup muka (7).

“Turut dikesan adalah kesalahan rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (5), tiada penjarakan fizikal (2) dan lain-lain (3),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ismail Sabri memaklumkan Ops Benteng semalam berjaya menahan sembilan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buah kenderaan darat.

Katanya, pihak berkuasa turut mengesan 96 buah bot dan kapal di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan.

“Seramai enam PATI turut diusir melalui dua aktiviti pengusiran,” jelas beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI