fbpx

Malaysia sokong Arab Saudi akhiri konflik Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong Houti Syiah mengadakan demonstrasi di ibu negeri Sana'a pada 25 Jun 2018 - Foto FAIL AFP

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia meyakini usaha Arab Saudi dalam mengakhiri konflik berdarah sekian lama di Yemen menerusi penyelesaian politik secara rundingan dan inklusif.

Kementerian Luar berkata, langkah itu amat signifikan dalam melangkah ke hadapan bagi menamatkan ketegangan sekali gus memulakan proses siasah yang baik di Yemen sendiri.

“Malaysia menyeru semua pihak terlibat agar merebut peluang keemasan ini bagi menjayakan inisiatif itu dengan penuh yakin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA melaporkan pengumuman Menteri Luarnya, Putera Faisal Farhan di Riyadh mengenai usaha terbaharu penyelesaian krisis di Yemen.

Ia susulan mesyuarat mingguan majlis menteri dipengerusikan sendiri Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang mahu memulihkan semula perdamaian rantau Asia Barat.

Pelan komprehensif itu dijangka menyelesaikan penderitaan rakyat Yemen yang bermula daripada krisis politik domestik sejak 2011 kepada pemberontakan bersenjata Houthi Syiah.

Bagaimanapun, beberapa siri rundingan perdamaian pelbagai hala ditaja oleh Arab Saudi kemudian dilakukan secara tertutup antaranya di Jerman, Sweden, Kuwait dan Switzerland.

Sementara itu, Kementerian Luar berkata, Putrajaya menghargai inisiatif Riyadh itu yang tidak menetapkan sebarang syarat ketat termasuk proses gencatan senjata di seluruh Yemen.

“Usaha itu turut meliputi pembukaan semula operasi lapangan terbang antarabangsa Sana’a dan pelabuhan utamanya di Hudaydah,” katanya.

Langkah itu membolehkan penyambungan semua bekalan minyak dan komoditi lain secara tetap di samping konsultasi politik lebih jitu dengan semua pihak berkepentingan di Yemen.

Pada masa sama, Malaysia mengukuhkan pendiriannya untuk bersedia bekerjasama rapat dengan Arab Saudi dan komuniti antarabangsa bagi melihat Yemen kembali stabil dan aman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI