fbpx

[VIDEO] Helikopter terhempas, tiga parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan helikopter jenis LEO yang dinaiki lima lelaki terhempas di kawasan kargo LTSAAS, Subang semalam.

PETALING JAYA -Seorang juruterbang dan pembantu juruterbang cedera manakala tiga penumpang terselamat selepas helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dekat sini sebentar tadi.

Juruterbang dan pembantu yang berusia 55 hingga 53 tahun itu mengalami patah kaki.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 9.25 pagi ketika helikopter jenis LEO menerbangkan lima lelaki warga tempatan.

Sumber berkata, petugas dari Balai Bomba dan Penyelam Shah Alam dan Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu bomba LTSAAS dalam penyelamatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI