fbpx

Jawatan Solskjaer tidak selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER perlu membawa pulang trofi Liga Europa untuk menjamin jawatannya selepas United tersingkir pada aksi Piala FA. – AFP

LONDON – Bekas pemain ­Liverpool, Danny Murphy percaya Manchester United akan memecat pengurus mereka, Ole Gunnar Solskjaer jika pasukan itu gagal merangkul kejuaraan Liga Europa musim ini.

United tersingkir pada saingan Piala FA Ahad lalu selepas tewas kepada Leicester City di suku akhir, namun pemilihan pemain yang dilakukan oleh Solskjaer menjadi persoalan apabila merehatkan beberapa pemain utama ketika saingan akan berhenti rehat untuk aksi antarabangsa.

Bagaimanapun, Solskjaer masih berjaya memastikan ­United terus menguasai kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris setakat ini tetapi Murphy percaya pencapaian itu tidak cukup untuk pengurus dari Norway itu kekal di Old Trafford.

“Mereka tidak boleh memberikan alasan penat ketika tewas kepada Leicester. Apa yang nyata adalah pasukan itu tidak cukup kuat menentang Leicester.

“Bersaing di Liga Europa bukan suatu yang baik buat United. Peminat, kelab dan Ole sendiri tahu mengenai perkara itu.

“Gagal meneruskan saingan di Liga Juara-Juara adalah suatu tamparan hebat buat mereka. Mereka berada dalam kelompok empat pasukan teratas setakat ini tetapi ia sebenarnya tidak mencukupi.

“Ole perlu membawa pulang kejuaraan Liga Europa, pada saya itu akan menjadi kekuatan untuk beliau terus kekal bersama kelab itu.

“Saya sangat sukakan Ole, saya tidak suka melihat ada pengurus yang dipecat tetapi United layak untuk berada di kedudukan yang lebih baik.

“Jika mereka gagal meraih kejuaraan Liga Europa dan mengakhiri musim ini di kedudukan empat teratas sahaja, saya fikir pihak pengurusan akan membuat perubahan,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI