fbpx

Sorok 1,700 karton rokok dalam pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki ditahan kerana memiliki rokok seludup bernilai RM351,620 di Jalan Jaya Putra, di sini.

JOHOR BAHRU – Tiga pengedar rokok seludup ditahan polis bersama sejumlah rokok yang dianggarkan bernilai RM351,620 menerusi satu operasi yang dijalankan di sebuah pangsapuri di Jalan Jaya Putra, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Superintendan Dimin Awang berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia antara 38 hingga 45 tahun.

“Sepasukan polis menahan kesemua individu itu dalam satu operasi yang dijalankan di pangsapuri berkenaan sekitar pukul 11.20 pagi.

“Selain 1,700 karton rokok seludup bernilai RM351,620, sebuah kereta jenis Honda City turut dirampas dipercayai digunakan suspek untuk mengedar rokok seludup di sekitar bandar raya ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 manakala siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang awam agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi mengekang lambakan barangan kontraban. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI