fbpx

Gambar lama Kim Soyeon tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SOYEON

SEJAK kemunculannya menjayakan watak antagonis dalam drama fenomena The Penthouse: War In Life tahun lalu, setiap inci kehidupan aktres jelita Kim Soyeon mula dintip netizen.

Kemunculannya dalam musim kedua drama tersebut sejak beberapa bulan lalu juga membuatkan Soyeon menjadi perhatian luar biasa peminat sehingga trending dalam media sosial.

Dia juga menjadi antara aktres yang paling banyak dicari dalam internet di Korea Selatan.

Baru-baru ini, gambar lama aktres itu sejak dari zaman bangku sekolah dan ketika awal debutnya dalam industri berlegar dalam internet.

Peminat memuji kecantikan semula jadi Soyeon yang disifatkan jelita sejak muda dan semakin cantik meskipun sudah berusia 41 tahun.

Lebih mengejutkan, peminat mendapati wajahnya langsung tidak berubah sejak dahulu, sekali gus mengesahkan bahawa Soyeon tidak melakukan pembedahan kecantikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI