fbpx

Kelentong permit PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki Pakistan ditahan kerana menggunakan permit PKP palsu untuk merentas negeri dalam kejadian di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru, Jumaat lalu.

JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga lelaki warga Pakistan kerana dipercayai menggunakan permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) palsu semasa membuat pembelian tiket bas dalam kejadian di Terminal Bas Larkin, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, suspek yang ditahan berusia antara 28 hingga 41 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek membeli permit pergerakan PKP palsu itu dengan harga RM50 sekeping.

“Ketiga-tiga suspek ditahan polis bantuan ketika mereka mengemukakan permit PKP terbabit cuba membeli tiket ke Kuala Lumpur di Terminal Bas Larkin, dekat sini.

“Siasatan dibuat mendapati mereka membeli permit palsu itu daripada seorang individu tidak dikenali dengan bayaran RM50 bagi sekeping borang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, suspek membuat pembelian itu dengan membayar secara memasukkan wang ke dalam akaun bank tempatan individu berkenaan.

“Semakan rekod yang dibuat mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Tambah beliau, kesemua suspek kini dikenakan tahanan reman selama 14 hari bermula tarikh tangkapan sehingga 1 April. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI