fbpx

Tutup sekolah ikut penilaian risiko PKD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi pada sesi dialog bersama wakil PIBG seluruh Perlis dalam program Malaysia Prihatin di Arau, hari ini.

ARAU – Kementerian Pendidikan (KPM) akan segera menutup mana-mana sekolah yang didapati berlaku kes positif Covid-19 berdasarkan analisa dan penilaian risiko oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, penutupan seluruh atau sebahagian bangunan sekolah tidak dilakukan secara semberono tetapi mengikut nasihat PKD.

“SOP (prosedur operasi standard) berkaitan kes-kes positif (Covid-19) ini adalah jelas iaitu sebarang keputusan dibuat kementerian adalah berdasarkan nasihat Pusat Kesihatan Daerah.

“Ini kerana PKD lebih faham yang mana mereka akan melakukan analisa risiko secara mendalam bagi setiap kes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Malaysia Prihatin: Menteri Kanan (Pendidikan) bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh Perlis di sini hari ini.

Pada program tersebut, kira-kira 200 wakil PIBG dari 104 sekolah di negeri ini hadir pada sesi dialog tersebut.

Kata Radzi, penutupan sekolah sama ada melibatkan kelas, tingkat bangunan tertentu atau keseluruhan bangunan sekolah, juga akan diputuskan PKD. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI