fbpx

Keningau dikenakan PKP kes Covid-19 meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Daerah Keningau, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok sehingga 4 April 2021.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan berlaku peningkatan kes positif harian Covid-19 secara mendadak di daerah itu.

“Sebanyak 42 kes telah direkodkan hasil saringan secara bersasar di Kampung Lingkudau yang juga telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Setelah membuat penilaian risiko dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di Keningau bermula 22 Mac sehingga 4 April 2021,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKP itu untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar serta mengesan beberapa lagi kontak rapat dan mengawal pergerakan penduduk daerah itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI