fbpx

16 ditahan kerana bergaduh akibat vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di sebuah pusat beli belah di ibu negara semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 16 individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang terjadi di sebuah pusat beli belah di Jalan Bukit Bintang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada ketidakpuasan hati berhubung penggunaan rokok elektronik (vape).

“Berdasarkan siasatan, berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan kumpulan terbabit apabila salah seorang daripada rakan mereka berada dalam keadaan khayal dan pengsan selepas menghisap vape.

“Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 13 hingga 25 tahun dan ujian saringan air kencing pula mendapati mereka negatif dadah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, kesemua tangkapan direman selama tiga hari bermula hari ini untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan Akta 574.

“Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri serta sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada dan tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03 2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujar beliau.

Terdahulu, satu video berdurasi 21 saat tular di laman media sosial memaparkan tindakan sekumpulan individu memukul seorang lelaki di pekarangan sebuah pusat beli belah di ibu negara. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI