fbpx
NAMA Dimas menjadi bualan netizen sejak semalam selepas ramai yang mendoakan dia bertemu jodoh dengan Laudya.

Ramai doakan jodoh Laudya Cynthia Bella dengan Dimas Beck

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selepas bekas suaminya, Engku Emran, 46, selamat mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila, 37, semalam, nama Laudya Cynthia Bella pula menjadi sebutan ramai.

Rata-rata netizen mendoakan agar heroin filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu segera bertemu jodoh dengan Dimas Beck yang juga seorang penyanyi dan pelakon di Indonesia.

Di persada hiburan seberang, Laudya pernah digosipkan bercinta dengan Dimas.

Sejak semalam, foto-foto mereka tersebar dalam media sosial terutama TikTok yang rata-ratanya berdoa agar dua pelakon itu benar-benar sedang bercinta.

Sebelum ini, mereka juga pernah menyertai kumpulan Bukan Bintang Biasa sekitar tahun 2006 yang turut dianggotai Raffi Ahmad, Ayushita dan Chelsea Olivia.

Dalam pada itu, selepas tersebar berita Engku Emran berkahwin, ramai yang ternanti-nanti reaksi daripada Laudya, terutama apakah nada hantaran Instagram yang bakal dimuat naiknya.

Setakat ini, Laudya belum memuat naik sebarang ucapan mahupun mengeluarkan komen mengenai perkahwinan bekas suaminya itu.

Untuk rekod, Laudya dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 8 September 2017 dan bercerai sekita Julai tahun lalu.

Mereka bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata. – K! ONLINE

POPULAR