fbpx

Koperasi mampu tingkatkan pendapatan pekebun kecil getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan bantuan wang tunai kepada 100 pekebun kecil getah di Dewan Haji Abdul Rahman, Pusat Tarbiah Islam Sungai Durian, Kuala Krai hari ini. Foto : BAHRUDDIN HATTA

KUALA KRAI – Fungsi dan peranan koperasi pekebun getah perlu dipertingkatkan dalam usaha untuk menambah pendapatan pekebun kecil getah di negara ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, penubuhan koperasi itu mampu menjadikan aspek pengurusan dan penjualan getah lebih teratur sekiranya ia dijalankan mengikut prosedur yang betul.

Katanya, sehubungan dengan itu, beliau menggalakkan pimpinan dalam masyarakat di setiap parlimen di negara ini agar menubuhkan koperasi yang dapat membantu pekebun kecil getah.

“Melalui penubuhan koperasi, kementerian akan menyalurkan bantuan dengan memberi dana pusingan sebanyak RM140,000 untuk membeli getah daripada para pekebun kecil getah dengan nilai yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Selain itu, kementerian juga memyumbangkan sebuah mesin memproses getah krip bernilai RM300,000. Mesin itu mampu menghasilkan getah daripada getah skrap yang berkualiti sekali gus dapar meningkatkan pengeluaran bahan itu di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan bantuan kepada 100 orang pekebun kecil getah di Parlimen Kuala Krai di Dewan Haji Abdul Rahman, Pusat Tarbiah Islam Sungai Durian di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Mohd. Fauzi Abdullah dan ADUN Mengkebang, Muhammad Mat Sulaiman. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI