fbpx

Dua wanita ditahan tawar aktiviti pelacuran di WeChat, MiChat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyerbu salah sebuah bilik hotel yang digunakan suspek untuk aktiviti pelacuran.

KOTA KINABALU – Dua wanita warga asing ditahan kerana menawarkan aktiviti pelacuran menerusi aplikasi WeChat serta MiChat di sebuah hotel di Jalan Sulaman semalam.

Kedua-dua wanita berusia 22 dan 28 tahun berkenaan ditahan dalam operasi Ops Noda yang dijalankan sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan Pencegahan Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah kira-kira pukul 2.30 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, operasi dijalankan ekoran hasil siasatan dan maklumat risikan polis.

Menurut beliau, semua wanita berkenaan disyaki menjalankan kegiatan pelacuran melalui aplikasi dalam talian.

“Polis turut merampas tiga telefon pintar yang dipercayai digunakan untuk mencari pelanggan ketika penahanan dibuat.

“Selain itu, polis turut menemukan dua keping kondom yang belum digunakan bersama satu keping kondom yang sudah digunakan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Hazani berkata, hasil pemeriksaan lanjut polis turut merampas satu kad bilik hotel dan sejumlah wang tunai.

Menurut beliau, kedua-dua tangkapan dan barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI